....... SALUR RM 1 BILLION

  • Admin

  • 12 Mar, 2019

SME Factors Sdn Bhd, firma yang khusus dalam pembiayaan boleh terima dengan menawarkan penyelesaian aliran tunai kepada syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS), komited untuk meningkatkan penyaluran pembiayaannya kepada RM1 billion tahun ini. Pengarah Urusannya, Syed Zed Al Qudsy berkata, pihaknya menyasarkan untuk menambah bilangan pelanggan sehingga 5,000 orang sepanjang 2011 berbanding 500 pelanggan sekarang. Katanya, pada masa ini SME Factors menawarkan pembiayaan dengan dana RM500juta yang disediakan Malaysia Building Society Bhd (MBSB), khusus untuk perniagaan PKS yang mendapat kontrak dari kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Kami yakin jumlah itu dapat dicapai apabila SME Factors meluaskan capaian produk pembiayaan kepada sektor swasta menjelang pertengahan tahun ini. Kami jangka akan mula menawarkan kemudahan sama kepada kontraktor PKS yang berurusan dengan syarikat swasta, dan kini sedang berbincang dengan beberapa institusi kewangan. "Kerjasama ini dijangka diumumkan dalam beberapa bulan akan datang," katanya di Petaling Jaya, semalam. Menurutnya, apa yang membuatkan SME Factors unik ialah kebolehan syarikat untuk menilai dan mengurangkan risiko dan pada masa yang sama, memastikan proses pantas, cekap dan berkesan, sekali gus membantu PKS yang memerlukan pembiayaan dalam tempoh masa segera.

"Pengurusan risiko adalah paling penting dalam memberikan pembiayaan kepada PKS. Kami menjalankan penilaian dan pengesahan secara terperinci atas setaip dokumen, proses pemerolehan serta penyerahan dan penerimaan pelanggan sebelum transaksi itu diluluskan. Jaminan kelulusan adalah dalam masa lima hari kalendar. Berdasarkan permohonan yang sudah dibuat sebelum ini 90 peratus memperoleh kelulusan. Selain dana dari MBSB, kami juga mempunyai dana syarikat yang turut disalurkan kepada PKS daripada pelbagai sektor termasuk pembuatan, perkilangan dan perkhidmatan, malah daripada RM250 juta dana, 30 peratus daripadanya sudah pun disalurkan kepada pelanggan," katanya.

Beliau berkata, melalui kaedah penyelesaian masalah aliran tunai kontraktor, pihaknya membantu melindungi kepentingan syarikat serta rakan usaha sama dengan menggunakan polisi dan prosedur terkini. Katanya, SME Factors juga diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia serta didaftar di bawah Kementerian Kewangan. "Latar belakang kami yang meluaskan dalam bidang perniagaan kontrak kerajaan menjadikan kami mahir dengan proses pemerolehan dan khidmat nasihat. Untuk maklumat lanjut, boleh melayari www.smefactors.com.my," katanya.

Source: Harian Metro, 08 Januari 2011

InvoiceNiaga Team

InvoiceNiaga is here not only to provide access to the small business funding you need, but to also help you grow your business through free marketing tips, webinars, tools and more. Is there something you'd like us to cover or want to get your small business featured on our blog? Send us a note at content@invoiceniaga.com.

You Might Also Like These Posts :

STRATEGIC MARKET

Strategic Marketing Partnership

15 Mei 2012

Hotel I..

Show

TAKLIMAT PEMBIAY

Taklimat Pembiayaan Kontraktor Bumiputera

24 & 25 Novembe..

Show

TAKLIMAT PEMBIAY

Taklimat Pembiayaan Kontraktor Bumiputera

24 & 25 Novembe..

Show
Cookies are disabled.