..... BANTU PKS LAKSANA PROJEK KERAJAAN

  • Admin

  • 25 Mar, 2019

SME Factors Sdn Bhd, syarikat yang menye­diakan pembiayaan pemfak­toran kepada kontraktor dan pembekal bagi kontrak ke­rajaan akan memperluaskan perkhidmatannya bagi me­liputi kontraktor serta pem­bekal kontrak swasta ber­mula pertengahan tahun ini. Pengarah Urusannya, Syed Zed Al Qudsy, berkata SME Factors bersama rakan stra­tegiknya, Malaysia Building Society Bhd (MBSB) ketika ini menyediakan dana ber­jumlah RM500 juta untuk di­ salurkan dalam bentuk pem­biayaan pemfaktoran kepada perusahaan kecil dan seder­hana (PKS) yang mendapat kontrak kerajaan dan syari­kat berkaitan kerajaan (GLC) bagi membantu mereka dari segi aliran tunai. Katanya, bagi menyedia­kan ruang pertumbuhan ke­pada sektor PKS yang ber­daya saing dinegara ini, sya­rikat itu merancang meluas­kannya liputan tawaran produk pembiayaannya.

''Kami menjangka mula menawarkan kemudahan pembiayaan yang sama ke­pada kontraktor serta pem­bekal PKS yang berurus nia­ga dengan syarikat swasta menjelang pertengahan ta­hun ini. "Kami masih berbincang dengan beberapa institusi kewangan untuk tujuan itu dan menjangka mengumumkan kerjasama itu dalam be­berapa bulan akan datang", katanyapada taklimat media di Kuala Lumpur, semalam. Beliau menjelaskan, SME Factors yang beroperasi se­jak lebih tiga tahun lalu me­nawarkan perkhidmatan pe­nyelesaian aliran tunai ke­pada syarikat PKS dengan membeli akaun boleh dite­rima daripada syarikat ber­kenaan.

Source: Berita Harian, 26th January 2011

InvoiceNiaga Team

InvoiceNiaga is here not only to provide access to the small business funding you need, but to also help you grow your business through free marketing tips, webinars, tools and more. Is there something you'd like us to cover or want to get your small business featured on our blog? Send us a note at content@invoiceniaga.com.

You Might Also Like These Posts :

STRATEGIC MARKET

Strategic Marketing Partnership

15 Mei 2012

Hotel I..

Show

TAKLIMAT PEMBIAY

Taklimat Pembiayaan Kontraktor Bumiputera

24 & 25 Novembe..

Show

TAKLIMAT PEMBIAY

Taklimat Pembiayaan Kontraktor Bumiputera

24 & 25 Novembe..

Show
<