JANGAN LANTIK KONTRAKTOR TIADA WANG

  • Admin

  • 15 Mar, 2019

MIRI: Kontraktor tanpa kewangan kukuh dan kepakaran tidak seharusnya diberikan tender projek kerajaan kerana akan menjurus kegagalan menyiapkan projek mengikut jadual.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata situasi ini berlaku kepada kegagalan kontraktor menyiapkan projek menaik taraf Hospital Miri, sehingga memaksa kerajaan menukar kontraktor berkenaan.

Beliau berkata, situasi sama banyak berlaku terhadap projek lain dan ia harus dielakkan supaya tiada lagi projek terbengkalai yang merugikan kerajaan.

"Setiap kontraktor perlu ada sumber kewangan kukuh dan tenaga kerja mahir untuk menjayakan projek yang dilaksanakan.

"Jangan sudah dapat tender tidak dapat menunaikan tanggung jawab yang diamanahkan. Ini menimbulkan kesulitan kepada semua pihak, " katanya di Program Ziarah Kebajikan Puspanita di Hospital Miri sebentar tadi.

Ali berkata, setiap kontraktor yang dipilih sama ada secara tender atau sebaliknya perlu mengutamakan prestasi dan jadual kerja yang ketat.

Mengenai pemberhentian 106 doktor di seluruh negara, beliau berkata, ia berpunca daripada prestasi doktor berkenaan dan bukan niat kerajaan bertindak demikian.

"Kerajaan tidak akan membuat keputusan itu jika pengamal perubatan (doktor) itu memenuhi kehendak hospital," katanya.

Source: https://www.bharian.com.my/node/258600

InvoiceNiaga Team

InvoiceNiaga is here not only to provide access to the small business funding you need, but to also help you grow your business through free marketing tips, webinars, tools and more. Is there something you'd like us to cover or want to get your small business featured on our blog? Send us a note at content@invoiceniaga.com.

<