AUDIT: KELEMAHAN KONTRAKTOR JADI PUNCA

  • Admin

  • 12 Mar, 2019

KUALA LUMPUR: Projek Pembinaan Infrastruktur Bagi Pesawat Helikopter EC725 di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan gagal disiapkan dan ditamatkan pada 8 Disember 2016 berikutan pengurusan projek pembinaan tidak memuaskan.

Selain itu, berlaku kelemahan yang turut menjejaskan kecekapan pelaksanaannya.

Pengauditan dijalankan Jabatan Audit Negara antara April hingga Julai 2017 mendapati ia berpunca daripada keputusan Jawatankuasa Penilaian Tender yang mengesyorkan syarikat tidak menepati 'Needs Statement', di samping pengurusan pentadbiran kontrak lemah.

Ia turut dipengaruhi kecacatan kerja pembinaan dan pemasangan peralatan serta kegagalan menyiapkan projek dalam tempoh ditetapkan.

"Bagi memastikan projek itu dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan dan perkara dibangkitkan tidak berulang, Jabatan Audit Negara mencadangkan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Kementerian Pertahanan memberi pertimbangan terhadap beberapa perkara.

"Antaranya penilaian tender terhadap keupayaan kontraktor melaksanakan projek pembinaan dilakukan dengan teliti dan menjalankan pemantauan berterusan terhadap kontraktor serta perunding supaya tiada perubahan kerja membabitkan penambahan kos projek dilakukan tanpa kelulusan JKR.

"Pengujian juga perlu dibuat terhadap keseluruhan pendawaian dan peralatan dipasang atau dibekalkan bagi menentukan ia boleh digunakan atau memerlukan pembaikan serta pendawaian semula," katanya.

Penilaian itu terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2016 yang dikeluarkan hari ini.

Kementerian Pertahanan merancang projek pembinaan infrastruktur dan hangar bagi helikopter EC725 sejak 2010, seiring perancangan pembelian pesawat jenis itu bagi tujuan pengoperasian, penyenggaraan dan penempatan pesawat.

Sebanyak 12 pesawat bernilai RM1.43 bilion diterima secara berperingkat bermula Disember 2012 sehingga Mei 2014.

Lapan pesawat ditempatkan di Pangkalan Udara TUDM Kuantan manakala empat lagi di Pangkalan Udara TUDM Labuan.

Projek dilaksanakan melalui tender terbuka secara reka dan bina yang diperoleh Bella Builders Sdn Bhd (BBSB) dengan nilai kontrak RM108.89 juta (nilai kontrak selepas pelarasan harga RM127.29 juta).

Tempoh kontrak bermula pada 11 Oktober 2011 sehingga 11 Mac 2013 bagi penyiapan separa dan 14 Ogos 2013 bagi penyiapan penuh. Selepas lanjutan masa diluluskan, tarikh penyiapan separa adalah pada 22 Mei 2014 dan penyiapan penuh pada 31 Januari 2014.

Sources: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/11/355885/audit-kelemahan-kontraktor-jadi-punca

InvoiceNiaga Team

InvoiceNiaga is here not only to provide access to the small business funding you need, but to also help you grow your business through free marketing tips, webinars, tools and more. Is there something you'd like us to cover or want to get your small business featured on our blog? Send us a note at content@invoiceniaga.com.

<