PEMFAKTORAN SEBAGAI PEMBIAYAAN MASA DEPAN

  • Admin

  • 19 Nov, 2019

Oleh NOR IDAYU BOSRO


PEMBIAYAAN kontrak atau pemfaktoran (factoring) mungkin masih asing atau kurang dikenali di Malaysia. Berbanding pembiayaan konvensional yang ditawarkan oleh institusi-institusi perbankan, pembiayaan kontrak sebenarnya wujud sebagai pembiayaan alternatif yang sangat relevan dan efektif.

Secara amnya, pemfaktoran adalah pembiayaan ke atas jualan kredit kepada pelanggan tertentu dengan menyerahkan hak bayaran kepada pihak pembiaya.

Statistik global yang diperoleh Factors Chain International (FCI) pada tahun 2018 memberi gambaran signifikan bahawa industri pemfaktoran terus menunjukkan trend peningkatan positif yang disumbangkan oleh negara-negara maju di seluruh dunia.

Pada tahun 2018, sebanyak 2,730 bilion Euro dicatatkan bagi jumlah keseluruhan pemfaktoran dunia dengan peningkatan lebih 5 peratus daripada tahun sebelumnya (2017) yang merekodkan sebanyak 2,598 bilion Euro. Daripada jumlah itu, Eropah mendahului carta sebagai penyumbang terbesar dengan 66 peratus atau 1,808 bilion Euro daripada jumlah keseluruhan.

Mengikut pecahan negara, Sepanyol mencatatkan peningkatan kira-kira 14 peratus  dari segi volume diikuti Belanda sebanyak 10 peratus, Perancis dan Itali masing-masing mencatatkan 8 peratus serta Jerman dengan lima peratus yang kesemuanya membentuk lebih 60 peratus daripada pasaran. Prestasi luar biasa turut ditunjukkan oleh Poland dengan peningkatan kira-kira 28 peratus, Cyprus (+27%) dan Denmark (+25%).

Dua negara yang berkaitan dengan pasaran besar iaitu United Kingdom dan Turki masing-masing hanya kekurangan 318 bilion Euro atau (-2%) dan 24 bilion Euro (-30%) yang sudah tentunya disumbangkan oleh faktor ketidakstabilan nilai mata wang kedua-dua negara berkenaan.

Beralih ke Asia Pasifik, rantau itu mewakili 25 peratus daripada jumlah keseluruhan pemfaktoran global dengan jumlah 679 bilion Euro yang menunjukkan pertumbuhan tiga peratus daripada jumlah 657 bilion Euro yang dicatatkan pada tahun 2017.

Berdasarkan angka itu, lebih 507 bilion Euro disumbangkan oleh China (+4%) dan Hong Kong (+14%) manakala Taiwan (-38%). Sementara itu, Jepun sekali lagi melangkah ke hadapan dengan peratusan cukup positif iaitu (+32 %)  dengan volume hanya kurang 50 bilion Euro manakala India (+6%) dengan catatan 4.5 bilion Euro.

Pembiayaan masa depan

Di kedudukan ketiga carta ialah Amerika Selatan dan Amerika Tengah dengan sumbangan  4% atau 119 bilion Euro daripada jumlah keseluruhan pemfaktoran dunia. Berdasarkan angka itu, negara yang mendahului ialah Argentina (+34%) dan Chile (+16%) manakala Brazil dan Colombia menunjukkan peratusan negatif iaitu (-6%) dan (-7%).

Dalam pada itu, Amerika Utara kekal stabil pada kedudukannya dengan lebih 93 bilion Euro atau tiga peratus daripada jumlah pemfaktoran global walaupun Kanada merudum dengan mencatatkan (-3%).

Di sebalik penguasaan negara-negara berkenaan, pemfaktoran dilihat sebagai salah satu bentuk pembiayaan masa depan di benua Afrika yang mana produk itu dijangka akan membangun secara pesat.

Menerusi statistik Factors Chain International (FCI), Afrika menyumbang 23 bilion Euro dengan pertumbuhan sebanyak 7 peratus yang antara lain diberikan oleh pemain utama industri iaitu Afrika Selatan (+9%)  dan Mesir (+24%).

Jumlah keseluruhan pemfaktoran di negara-negara berkenaan beratus kali ganda lebih tinggi dari negara ini. Bahkan, di Singapura sebagai contoh, jumlah pemfaktorannya dipercayai 50 kali ganda lebih tinggi dari Malaysia.

Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa pemfaktoran adalah produk pembiayaan yang diguna pakai oleh negara-negara yang mempunyai sektor perusahaan kecil dan sederhana (SME) yang pesat.

Ia juga satu indikator yang memperlihatkan bahawa banyak sektor SME di negara terbabit menggunakan pemfaktoran sebagai pilihan pembiayaan walaupun terdapat banyak opsyen lain termasuklah produk-produk pembiayaan konvensional.

Kenapa di Malaysia pemfaktoran atau pembiayaan kontrak tidak begitu meluas seperti negara-negara tersebut? Adakah ia satu produk pembiayaan lapuk atau adakah ia pembiayaan alternatif yang tidak relevan?

Ilmu masih kurang

Di Malaysia, kesedaran terhadap kelebihan pemfaktoran atau pembiayaan kontrak sebenarnya masih kurang. Tidak dinafikan pendedahan dan pemahaman terhadap jenis pembiayaan ini tidak begitu meluas.

Maklumat terhadap bidang pembiayaan ini perlu dihebahkan secara efektif bagi membolehkan golongan sasar baik golongan kontraktor mahupun usahawan mendapat ilmu tentang jenis pembiayaan ini.

Ia satu perkara yang penting untuk diperkasa dan terus ditambah baik di Malaysia berdasarkan amalan di negara-negara maju yang berjaya membuktikan bahawa pemfaktoran amat diperlukan untuk membolehkan setiap sektor perniagaan berkembang.

Antara kelebihan pembiayaan kontrak ialah jenis pembiayaan ini dapat diberikan dengan kadar cepat, boleh diguna pakai untuk meningkatkan skor kredit syarikat selain boleh diguna pakai syarikat bermasalah termasuk syarikat yang disenarai hitam.

Pengarah Regional FCI Asia Tenggara, Lee Kheng Leong menerusi penerbitan Annual Review 2018 FCI berkata, perolehan pembiayaan kontrak Malaysia berjumlah 4.46 bilion Euro atau (AS$5.12 bilion) pada tahun 2018.

Angka itu mencerminkan kadar penembusan 1.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lebih AS$354.3 bilion yang dianggap rendah berbanding kadar dunia dengan purata 4.18 peratus.

Berdasarkan purata kadar penembusan dunia itu, jumlah pemfaktoran di Malaysia memiliki potensi tinggi untuk mencecah angka AS$14 bilion sekali gus menjadikannya sebagai salah satu bentuk pembiayaan masa depan negara. - Lee Kheng Leong, Pengarah Wilayah Asia Tenggara, FCI

Menerusi artikel sama, Kheng Leong berkata, jumlah pemfaktoran di Malaysia meningkat 170 peratus daripada 1.65 bilion Euro yang dicatatkan pada tahun 2017 kepada 4.46 bilion Euro pada tahun lalu.

Peningkatan itu antara lain dipacukan oleh kadar pertumbuhan terkumpul tahunan (CAGR - compound annual growth rate) dalam tempoh lima tahun sejak 2014. 

Perubahan landskap pembiayaan itu menjadikan Malaysia berpotensi tinggi untuk meletakkan pemfaktoran khususnya pembiayaan berbentuk Islamik ke satu tahap yang ke hadapan.

Dalam industri pembinaan di Malaysia misalnya, bayaran bil melalui kaedah pemfaktoran merupakan satu kemudahan kewangan kepada kontraktor atau pembekal yang mendapat kontrak bekalan atau perkhidmatan kerajaan.

Kaedah ini dibenarkan dalam urusan perolehan kerajaan dengan syarikat-syarikat pemfaktor yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Buat masa ini terdapat sebanyak 33 buah syarikat pemfaktor yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan (MOF) di negara ini dengan salah satunya adalah syarikat TrueCapital Asia Sdn. Bhd yang beroperasi di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Sebagaimana yang dinyatakan di dalam surat Kementerian Kewangan bertarikh 13 September 2019, syarikat kontraktor yang menggunakan kemudahan pembiayaan kewangan secara kaedah pemfaktoran hendaklah dipastikan supaya menggunakan khidmat senarai syarikat pemfaktor yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan sahaja.

Keputusan ini selaras dengan ketetapan di dalam Portal Pekeliling Perbendaharaan (PPP), PK6 Kemudahan Pembiayaan Dalam Perolehan Kerajaan.

Sebagai salah satu entiti pembiayaan alternatif, syarikat TrueCapital Asia Sdn. Bhd menawarkan perkhidmatan pembiayaan kontrak kepada pembekal dan kontraktor kerajaan perolehan kerajaan sehingga RM100 juta.

Untuk info lanjut, layari www.invoiceniaga.com atau kunjungi pejabat kami di Tingkat 25, Menara Mitraland, Kota Damansara, Selangor.

 

 

 

InvoiceNiaga Team

InvoiceNiaga is here not only to provide access to the small business funding you need, but to also help you grow your business through free marketing tips, webinars, tools and more. Is there something you'd like us to cover or want to get your small business featured on our blog? Send us a note at content@invoiceniaga.com.

Cookies are disabled.