SALAH KE JADI ALI BABA?

  • Admin

  • 15 Nov, 2019

Oleh NOR IDAYU BOSRO


KONOTASI Ali Baba dalam bidang perniagaan sering dikaitkan dengan individu yang mengambil untung menerusi jalan mudah. Dalam industri pembinaan, amalan Ali Baba wujud apabila pemenang tender menjual projek yang dianugerahkan oleh kerajaan kepada syarikat lain untuk mendapatkan sejumlah wang.

Sebelum artikel ini pergi lebih jauh, perlu difahamkan istilah Ali Baba. Jadi apa itu Ali Baba? Ali dan Baba wujud apabila ada pakatan perniagaan antara Ali (syarikat bumiputera) dan Baba (bukan bumiputera). 

Buat pengetahuan umum, kebanyakan projek atau tender kerajaan meletakkan status bumiputera sebagai syarat kelayakan utama dalam permohonan. 

Tanpa disedari, syarat ini secara tidak langsung membudayakan istilah ‘Ali Baba’ yang mana syarikat bumiputera akan bekerjasama dengan syarikat bukan bumiputera bagi mendapatkan lesen atau kontrak, semata-mata untuk memenuhi syarat kelayakan permohonan tender.

Situasi ini boleh terjadi dalam dua keadaan:

  • Ali dianugerahkan tender dan kemudiannya memindahkan tender tersebut kepada Baba. Ali akan menerima sejumlah wang daripada Baba sebagai pertukaran kepada tender yang diberi.

  • Ali dianugerahkan tender yang kemudiannya di sub-kontrak kepada syarikat Baba. Ali tidak akan menjalankan projek itu sendiri tetapi mendapat bayaran keuntungan bersih. Kerja-kerja yang ditetapkan dalam tender akan dilakukan oleh Baba.

Berdasarkan situasi di atas, adakah salah menjadi seperti Ali? Adakah salah mencontohi tindakan Ali? Adakah Ali mempunyai pilihan lain? Dan adakah itu pilihan terakhir yang Ali ada?

Kebanyakan orang melihat ‘tag’ Ali Baba sebagai orang yang menjual projek sehingga ia memberi konotasi negatif kepada masyarakat sekeliling tetapi realitinya terdapat kategori orang yang terpaksa jual projek demi kelangsungan diri dan syarikat mereka.

Jalan sukar

Secara ringkasnya, sebaik kontraktor bumiputera dikurniakan tender oleh kerajaan, mereka sebenarnya berdepan cabaran tinggi untuk mendapatkan pembiayaan khususnya daripada institusi kewangan konvensional.

Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah skor kredit yang rendah, jenis syarikat dan status syarikat sama ada disenarai hitam atau tidak.  

Syarikat seperti pemilikan tunggal (enterprise) misalnya, berdepan jalan sukar untuk mendapatkan pembiayaan kerana kekurangan produk pembiayaan yang bersesuaian buat mereka.

Situasinya lain pula bagi kontraktor kelas dua hingga empat yang memerlukan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada nilai projek. Sebagai contoh, untuk masuk tender projek kerajaan bernilai RM2 juta, mereka memerlukan tunai sekurang-kurangnya antara RM400,000 hingga RM500,000.

Jika syarikat kontraktor berkenaan tidak mempunyai modal pusingan sebanyak itu, bagaimana mereka mahu berdaya saing? Dalam situasi ini, rata-rata kontraktor akan menemui jalan buntu dalam menangani masalah aliran tunai yang dihadapi oleh mereka.

Mereka sudah mencuba berbagai-bagai cara untuk membebaskan diri daripada belenggu permasalahan itu dan pilihan terakhir atau last resort adalah dengan sub projek kepada syarikat lain yang lebih layak.

Dalam keadaan mendesak, perkara ini akan mendorong kontraktor terbabit menjual projek. Sekiranya perkara ini berpanjangan, ia akan menjadi satu kebiasaan kepada kontraktor untuk berbuat demikian (jual projek) dan sekali gus membudayakan amalan itu dalam jangka masa panjang.

Selepas menyelami keluh-kesah yang terpaksa dilalui oleh sebahagian besar kontraktor di negara ini, adalah tidak wajar jika ‘tag’ Ali Baba ditujukan kepada semua kontraktor bumiputera khususnya segmen kontraktor berlesen G1 hingga G4.

Begitu pun, tidak dinafikan  ada sebilangan yang menjual projek untuk meraih keuntungan atas angin dan individu atau kumpulan inilah yang memberi nama busuk kepada kontraktor bumiputera lain.

Survival kontraktor

Tanpa disedari, tindakan mereka akan memberi impak jangka panjang terhadap keberkesanan dan kecekapan dari segi prospek kerja. Manakan tidak, mereka tidak berpeluang memperoleh pengalaman dan kepakaran yang diperlukan dalam melaksanakan sesuatu projek.

Selain itu, peluang kontraktor bumiputera yang lebih layak juga akan dinafikan. Ini kerana dalam bidang pembinaan yang ada sepak terajangnya, amalan Ali Baba dilihat antara faktor yang bukan sahaja boleh menjatuhkan reputasi malah menjejaskan survival kontraktor bumiputera.

Selain itu, mereka juga berisiko diambil tindakan misalnya digantung lesen yang akhirnya boleh menyebabkan golongan kontraktor bumiputera tersebut gulung tikar. 

Daripada sisi lain, konsep Ali Baba sekiranya tidak dibendung akan sentiasa menjadi penghalang kepada pencapaian sasaran penguasaan ekonomi yang seimbang dalam negara.

Dalam konteks tersebut, inilah keunikan yang diberikan syarikat TrueCapital Asia yang bertindak sebagai entiti pembiayaan alternatif bagi golongan kontraktor bumiputera.

TrueCapital Asia menerusi invoiceniaga.com memberikan perkhidmatan pembiayaan kontrak kepada pembekal dan kontraktor kerajaan perolehan kerajaan sehingga RM100 juta.

Baru-baru ini, Program Rantaian Bekalan Nasional (PRB) diperkenalkan kepada kontraktor G1-G4, G5-G7 dan pembekal yang bertujuan membebaskan kontraktor daripada permasalahan pembiayaan selain mendapatkan sebut harga kompetitif daripada barisan panel pembekal bertauliah.

Sesi konsultasi percuma dan penerangan terperinci mengenai fasiliti yang disediakan pasti akan memberi manfaat untuk mereka tampil lebih berdaya saing dalam industri pembinaan.

Antara kelebihan lain yang ditawarkan oleh invoiceniaga.com meliputi pra lulus fasiliti RM100,000, pemprosesan kelulusan sepantas 1 jam serta yuran pemprosesan serta yuran guaman percuma tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk info lanjut, layari www.invoiceniaga.com atau kunjungi pejabat kami di Tingkat 25, Menara Mitraland, Kota Damansara, Selangor.

InvoiceNiaga Team

InvoiceNiaga is here not only to provide access to the small business funding you need, but to also help you grow your business through free marketing tips, webinars, tools and more. Is there something you'd like us to cover or want to get your small business featured on our blog? Send us a note at content@invoiceniaga.com.

Cookies are disabled.