CLAIM LAMBAT KONTRAKTOR TERBEBAN

  • Admin

  • 14 Nov, 2019

Oleh NOR IDAYU BOSRO


PEMBAYARAN bagi para kontraktor projek Lebuhraya Pan Borneo yang sepatutnya dibuat oleh syarikat rakan penyampai projek (PDP), syarikat Lebuhraya Borneo Utara (LBU) telah tertangguh selama tiga bulan, kata Menteri Kerja Raya, Baru Bian.

Portal berita nasional, Bernama melaporkan bahawa beliau menerima banyak laporan berhubung kelambatan pelaksanaan projek itu dan ada juga beberapa pakej pembinaan yang nampak tidak akan dapat dilaksanakan.

Masalah kelambatan dari segi pembayaran sememangnya realiti perit yang perlu ditelan majoriti kontraktor di negara ini. Apabila ‘claim’ lambat dibayar, maka kos operasi syarikat meliputi pembayaran gaji serta kerja lebih masa pekerja akan terjejas.

Tidak terhenti di situ, mereka juga akan berdepan masalah untuk melunaskan pembayaran kepada pembekal. Perkara yang mana patut diutamakan atau didahulukan akan menjadi dilema kepada golongan kontraktor kerana kedua-duanya sama penting bagi memastikan kelangsungan operasi syarikat.

Secara ringkasnya jika gaji tidak dibayar, majikan berdepan risiko pekerja mogok, lari dan sebagainya. Lain pula ceritanya jika prioriti tidak diberikan kepada pembekal di mana kontraktor terbabit boleh berdepan masalah lain seperti bekalan ‘sangkut’ yang akhirnya menyebabkan projek terbengkalai serta masalah lain.

Ibarat ditelan mati mak, diluah mati bapa. Itulah kenyataan pahit yang perlu dihadapi dalam situasi ini. Justeru, bukan satu perkara asing jika golongan kontraktor ini ada yang sampai bergolok-gadai bagi mencari modal pusingan dalam menjayakan sesuatu projek.

"Para kontraktor memberitahu bahawa ada kelewatan dalam pembayaran tuntutan mereka, secara puratanya kelewatan sekitar tiga bulan.

"Sudah tentu sekiranya mereka tidak dibayar pada masanya, bagaimana mereka hendak teruskan kerja dengan baik, dan saya amat bersimpati dengan mereka kerana ia melibatkan jumlah wang yang banyak," kata Menteri Kerja Raya, Baru Bian dalam satu sidang akhbar di Kuching, Sarawak pada 7 November lalu.

Mengulas lanjut, Baru Bian berkata, ketika ini, keseluruhan projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo adalah di bawah LBU dan Kementerian Kerja Raya hanya akan mengambil alih projek berkenaan pada bulan Februari 2020.

Beliau seterusnya memberi jaminan bahawa semua pembayaran kepada kontraktor akan dibuat dalam tempoh masa 30 hari selepas kerajaan mengambil alih projek berkenaan, Februari nanti.

Berbalik kepada permasalahan pembayaran yang tertunggak, tidak dinafikan bahawa kelewatan kritikal akan menyebabkan syarikat-syarikat terlibat berdepan masalah kewangan dan aliran tunai serius.

Walaupun ada bank menawarkan pinjaman, namun boleh dikatakan tiada produk pembiayaan bersesuaian untuk syarikat tertentu seperti syarikat pemilikan tunggal, perkongsian selain yang bermasalah atau disenarai hitam.

Dalam konteks tersebut, inilah keunikan yang diberikan syarikat TrueCapital Asia Sdn Bhd yang bertindak sebagai entiti pembiayaan alternatif bagi golongan kontraktor bumiputera.

Baru-baru ini, syarikat TrueCapital Asia Sdn. Bhd  menerusi platform invoiceniaga.com memperkenalkan Program Rantaian Bekalan Nasional (PRB) khas untuk golongan kontraktor G1-G4, G5-G7 dan pembekal yang bertujuan membebaskan kumpulan daripada permasalahan pembiayaan.

Platform itu juga membuka akses lebih meluas kepada pembekal sekali gus menerima perolehan bekalan pada harga terbaik daripada panel pembekal bertauliah.

Sesi konsultasi percuma dan penerangan terperinci mengenai fasiliti yang disediakan pasti akan memberi manfaat untuk mereka tampil lebih berdaya saing serta produktif dalam industri pembinaan.

Antara kelebihan lain yang ditawarkan meliputi pra lulus fasiliti RM50,000 ke RM100,000, pemprosesan kelulusan sepantas 1 jam serta yuran pemprosesan serta yuran guaman percuma tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk info lanjut, layari www.invoiceniaga.com atau kunjungi pejabat kami di Tingkat 25, Menara Mitraland, Kota Damansara, Selangor.

InvoiceNiaga Team

InvoiceNiaga is here not only to provide access to the small business funding you need, but to also help you grow your business through free marketing tips, webinars, tools and more. Is there something you'd like us to cover or want to get your small business featured on our blog? Send us a note at content@invoiceniaga.com.

Cookies are disabled.