LAPUK KE PEMFAKTORAN NI?

  • Admin

  • 13 Nov, 2019

Oleh NOR IDAYU BOSRO


PEMBIAYAAN perniagaan telah berkembang sejak beberapa dekad lalu. Umum mengetahui sektor perbankan terus menjadi penyedia kewangan yang dominan namun terdapat perkembangan gradual menerusi pembiayaan alternatif termasuk pemfaktoran invois (invoice factoring).

Pembiayaan ini berpotensi membiayai keperluaan pembiayaan dalam perniagaan yang semakin inovatif dan berkembang. Pembangunan model pembiayaan alternatif boleh membantu menjadi 'jambatan' dengan membuka peluang pembiayaan baharu kepada perniagaan khususnya peringkat awal.

Dengan itu, syarikat perniagaan mampu meningkatkan aliran tunai, margin keuntungan dan mengurangkan kos pengurusan kredit.

Pemfaktoran membolehkan peminjam yang kurang berkemampuan untuk memperbaiki aliran tunai masing-masing dengan menggantikan risiko kredit mereka ke satu skor yang lebih baik dan diyakini.

Berdasarkan tinjauan yang dijalankan oleh Survey SME Corporation Malaysia, hampir tiga peratus perusahaan kecil sederhana (SME) menggunakan factoring invoice sebagai pembiayaan kewangan alternatif mereka bagi suku ketiga tahun 2016.

Data yang diperoleh menerusi Bank Negara Malaysia itu menunjukkan angka yang dicatatkan pada suku ketiga tahun 2016 itu adalah lebih baik jika dibandingkan dengan suku pertama tahun sama yang hanya mencatat kira-kira 2 peratus.

Graf statistik yang menunjukkan peningkatan saban tahun mencerminkan kepercayaan golongan kontraktor dan usahawan perusahaan kecil sederhana (PKS) terhadap bentuk pembiayaan kontrak ini.

Sebagai salah salah satu syarikat pembekalan pembiayaan kontrak yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan, TrueCapital Asia menerusi Invoice Niaga telah berjaya membantu lebih 10,000 syarikat kontraktor dan pembekal dalam tempoh 11 tahun penubuhannya.

Bantuan itu termasuklah dalam bentuk penganugerahan fasiliti pembiayaan kontrak kepada syarikat kontraktor dan pembekal yang berdepan masalah permohonan pembiayaan ditolak.

Tidak terhenti di situ, terdapat juga syarikat yang disenarai hitam turut dibantu menjadikan ia sebagai keunikan atau keistimewaan yang ditampilkan dalam tawaran produknya.

Dalam konteks tersebut, inilah keunikan yang diberikan syarikat TrueCapital Asia Sdn Bhd yang bertindak sebagai entiti pembiayaan alternatif bagi golongan kontraktor bumiputera.

Baru-baru ini, syarikat TrueCapital Asia Sdn. Bhd  menerusi platform invoiceniaga.com memperkenalkan Program Rantaian Bekalan Nasional (PRB) khas untuk golongan kontraktor G1-G4, G5-G7 dan pembekal yang bertujuan membebaskan kumpulan daripada permasalahan pembiayaan.

Platform itu juga membuka akses lebih meluas kepada pembekal sekali gus menerima perolehan bekalan pada harga terbaik daripada panel pembekal bertauliah.

Sesi konsultasi percuma dan penerangan terperinci mengenai fasiliti yang disediakan pasti akan memberi manfaat untuk mereka tampil lebih berdaya saing serta produktif dalam industri pembinaan.

Antara kelebihan lain yang ditawarkan oleh invoiceniaga.com meliputi pra lulus fasiliti RM50,000 ke RM100,000, pemprosesan kelulusan sepantas 1 jam serta yuran pemprosesan serta yuran guaman percuma tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk info lanjut, layari www.invoiceniaga.com atau kunjungi pejabat kami di Tingkat 25, Menara Mitraland, Kota Damansara, Selangor.

InvoiceNiaga Team

InvoiceNiaga is here not only to provide access to the small business funding you need, but to also help you grow your business through free marketing tips, webinars, tools and more. Is there something you'd like us to cover or want to get your small business featured on our blog? Send us a note at content@invoiceniaga.com.

Cookies are disabled.