REALITI GETIR KONTRAKTOR BUMIPUTERA

  • Admin

  • 13 Nov, 2019

Oleh NOR IDAYU BOSRO


KONTRAKTOR bumiputera di seluruh negara terus diberi peluang. Bukan sahaja di Semenanjung, malah Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12)  turut memberi platform kepada golongan kontraktor bumiputera  di Sabah dan Sarawak untuk terus bergiat dalam industri pembinaan.

Pada 28 Oktober lalu, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, kerajaan negeri akan memperuntukkan sebahagian daripada kerja pelaksanaan projek infrastruktur termasuk dalam projek mega khas, kepada kontraktor Bumiputera.

“Katakan projek jalan dan jambatan, sebahagian daripada kerjanya kita khaskan untuk kontraktor Bumiputera, manakala kerja utama dilaksanakan kontraktor lain,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Usahawan Bumiputera Sarawak 2019, di Kuching baru-baru ini.

Justeru, beliau berkata, Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri sudah diarah menggunakan prinsip baharu itu supaya kontraktor bumiputera mendapat kerja melalui projek yang akan dilaksanakan kerajaan negeri.

Katanya, ia berikutan banyak projek infrastruktur sudah dirancang dalam RMKe-12, termasuk bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).

Malah bagi RTP saja, beliau berkata, kerajaan negeri menyediakan peruntukan tidak kurang RM500 juta setahun yang berjumlah RM2.5 bilion bagi tempoh lima tahun.

“Projek sudah ada, cuma kontraktor bumiputera perlu menaik taraf diri dari sudut latihan teknikal dan pengurusan.  Ini cuma sebahagian daripada projek kecil, belum lagi projek besar seperti jalan pesisir, infrastruktur dan sebagainya,” katanya.

Jika dilihat, peluang demi peluang terus diberi kepada kontraktor bumiputera. Bahkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Parlimen berkata, tawaran tender terbuka untuk setiap projek persekutuan tidak meminggirkan kontraktor bumiputera.

Menurutnya, kerajaan berusaha memastikan semua proses perolehan dilaksanakan secara telus dan bertanggungjawab, selain diurus secara terbuka, adil serta saksama.

"Berdasarkan peraturan perolehan yang berkuat kuasa, mana-mana nilai perolehan yang melebihi RM500,000 perlu dilaksanakan secara tender terbuka.

"Bagi memastikan proses ini dapat dijalankan dengan mematuhi semua peraturan dan prinsip yang ditetapkan, Kementerian Kewangan mengeluarkan surat bertarikh 29 Jun 2018 untuk menerangkan kepada semua agensi kerajaan berkenaan penambahbaikan tadbir urus dan pelaksanaan perolehan kerajaan, termasuk penggunaan sistem e-Perolehan sepenuhnya dan perkhidmatan bukan perunding mulai 1 Jul 2018," katanya.

Justeru, kontraktor bumiputera perlu lebih responsif dan bersiap siaga terhadap keadaan semasa yang penuh perubahan agar berada setara dengan pemain industri di peringkat ASEAN dan dunia.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, kontraktor bumiputera juga perlu terus berusaha, mempunyai inisiatif dan berdaya saing dalam merebut peluang yang ada.

“Kontraktor di negara ini juga perlu mempelbagaikan kegiatan mereka agar tidak hanya bergantung kepada sektor pembinaan sahaja," katanya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mokhtar Samad berkata, projek berkaitan kerajaan akan meningkat berikutan Keluaran Dalam Negara Kasar bertambah baik, ringgit semakin mengukuh selain harga minyak yang stabil menjadi pendorong utama ekonomi Malaysia di paras terbaik.

Beliau bagaimanapun menzahirkan rasa simpati kepada masalah dihadapi semua kontraktor baik kecil mahupun besar yang berhadapan masalah merebut kek ekonomi dan kontrak projek ditawarkan kerajaan dan swasta dek jumlah kontraktor yang semakin meningkat.

Persaoalannya sejauh manakah kontraktor bumiputera mampu bersaing? Mampukah mereka bertahan dalam industri yang ada sepak terajangnya tersendiri.

Realitinya, sebahagian besar kontraktor bumiputera terhimpit dalam keadaan kewangan yang begitu mendesak.

Sebaik kontraktor terpilih dikurniakan tender oleh kerajaan, mereka sebenarnya berdepan cabaran tinggi untuk mendapatkan pembiayaan khususnya daripada institusi kewangan konvensional.

Syarikat seperti pemilikan tunggal (enterprise) berdepan jalan sukar untuk mendapatkan pembiayaan kerana kekurangan produk pembiayaan yang bersesuaian buat mereka.

Dalam konteks tersebut, inilah keunikan yang diberikan syarikat TrueCapital Asia Sdn Bhd yang bertindak sebagai entiti pembiayaan alternatif bagi golongan kontraktor bumiputera.

Baru-baru ini, syarikat TrueCapital Asia Sdn. Bhd  menerusi platform invoiceniaga.com memperkenalkan Program Rantaian Bekalan Nasional (PRB) khas untuk golongan kontraktor G1-G4, G5-G7 dan pembekal yang bertujuan membebaskan kumpulan daripada permasalahan pembiayaan.

Platform itu juga membuka akses lebih meluas kepada pembekal sekali gus menerima perolehan bekalan pada harga terbaik daripada panel pembekal bertauliah.

Sesi konsultasi percuma dan penerangan terperinci mengenai fasiliti yang disediakan pasti akan memberi manfaat untuk mereka tampil lebih berdaya saing serta produktif dalam industri pembinaan.

Antara kelebihan lain yang ditawarkan oleh invoiceniaga.com meliputi pra lulus fasiliti RM50,000 ke RM100,000, pemprosesan kelulusan sepantas 1 jam serta yuran pemprosesan serta yuran guaman percuma tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk info lanjut, layari www.invoiceniaga.com atau kunjungi pejabat kami di Tingkat 25, Menara Mitraland, Kota Damansara, Selangor.

InvoiceNiaga Team

InvoiceNiaga is here not only to provide access to the small business funding you need, but to also help you grow your business through free marketing tips, webinars, tools and more. Is there something you'd like us to cover or want to get your small business featured on our blog? Send us a note at content@invoiceniaga.com.

Cookies are disabled.