REBUT PELUANG DENGAN PEMFAKTORAN

  • Admin

  • 13 Nov, 2019

Oleh SOFIAN BAHAROM

PERANAN usahawan dalam kemajuan negara ini adalah amat besar, signifikan dan amat diperlukan.

Sebab itu, kerajaan telah melancarkan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) yang merupakan dasar pertama di negara ini yang digubal secara komprehensif dan terkhusus dalam bidang keusahawanan.

DKN 2030 merupakan dokumen strategi jangka panjang bagi menetapkan hala tuju keusahawanan negara.

Ianya menggariskan objektif, sasaran, strategi serta inisiatif pembangunan ekosistem keusahawanan merentasi semua bidang industri dan merangkumi setiap peringkat usahawan dan masyarakat di Malaysia.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada majlis pelancaran dasar itu sebelum ini berkata, DKN 2030 menjadi tonggak kepada daya saing negara dan merupakan manifestasi kesungguhan Kerajaan dalam usaha merealisasikan matlamat 'Kemakmuran Bersama'.

Jelas beliau, ini dilakukan dalam mendepani medan persaingan ekonomi global dan perubahan teknologi seiring Industri 4.0.

Dr. Mahathir menjelaskan, kerajaan berhasrat agar dasar itu mampu membentuk semangat keusahawanan yang utuh, bukan sahaja dalam kalangan para usahawan, malahan seramai mungkin rakyat Malaysia.

Langkah ini tambahnya, demi merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebagai Negara Keusahawanan Unggul 2030.

DKN 2030 menggariskan enam teras strategik berpandu kepada perkembangan ekonomi global, pencapaian terkini keusahawanan serta isu dan cabaran semasa.

Enam terus berkenaan adalah;

Teras pertama : Membudayakan Keusahawanan Dalam Segenap Lapisan Masyarakat;

Teras kedua : Mengoptimumkan Sistem Kawalselia Dan Capaian Kepada Pembiayaan Kewangan;

Teras ketiga : Merangsang Pembangunan Keusahawanan Bersepadu Dan Holistik;

Teras keempat : Memacu Pertumbuhan Ekonomi Melalui Perusahaan Berteraskan Inovasi;

Teras kelima : Memantapkan Keupayaan Dan Prestasi Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana; dan

Teras keenam : Mengantarabangsakan Perusahaan Berpertumbuhan Tinggi.

Teras strategik tersebut disokong oleh 19 strategi dan 62 inisiatif sebagai tunjang mekanisme pelaksanaan dasar dalam usaha mencapai matlamat DKN 2030.

Pelancaran DKN2030 ini antara lain mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan golongan usahawan dapat terus berjaya di bawah landskap baharu sekali gus memberi manfaat kepada negara yang memasuki fasa negara maju.

Dengan DKN2030, budaya keusahawanan diharap dapat berkembang pesat dan meresapi anggota-anggota masyarakat secara holistik terutama di kawasan luar bandar, yang kini semakin terhubung menerusi kepesatan teknologi maklumat (IT).

Dasar ini turut membuka ruang kepada usahawan kepada kaedah-kaedah pembiayaan kewangan sedia ada yang dapat membantu serta melonjakkan perniagaan mereka bersama ekonomi setempat.

Dalam aspek ini, antara pembiayaan kewangan yang diakui berkesan adalah pemfaktoran. Pemfaktoran adalah bayaran bil melalui kaedah pemfaktoran merupakan satu kemudahan kewangan kepada kontraktor atau pembekal yang mendapat kontrak bekalan atau perkhidmatan kerajaan.

Kaedah ini dibenarkan dalam urusan perolehan kerajaan dengan syarikat-syarikat pemfaktor yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Antara syarikat pemfaktoran terkemuka adalah Truecapital Asia.  Syarikat ini diasaskan dengan matlamat untuk menyediakan penyelesaian-penyelesaian aliran tunai serta  memiliki kepakaran dalam pembiayaan invois.

Syarikat ini melalui platform Invoice Niaga  mempunyai produk-produk aliran tunai yang komprehensif untuk semua jenis perusahaan kecil  dan sederhana (PKS) meliputi start up kepada syarikat saiz pertengahan, pengilang dan kontraktor.

Berkepakaran dalam memahami keperluan pelanggan-pelanggan kami, ditambah pula dengan pendekatan yang realistik, matlamat Invoice Niaga adalah untuk menjadi sebuah rakan strategik yang meringankan bebanan para pelangannya.

Layari www.invoiceniaga.com untuk maklumat lanjut.

InvoiceNiaga Team

InvoiceNiaga is here not only to provide access to the small business funding you need, but to also help you grow your business through free marketing tips, webinars, tools and more. Is there something you'd like us to cover or want to get your small business featured on our blog? Send us a note at content@invoiceniaga.com.

Cookies are disabled.