TAK PERNAH JUMPA SEPERTI INVOICE NIAGA - PEMBEKAL

  • Admin

  • 13 Nov, 2019

Oleh SOFIAN BAHAROM

Golongan kontraktor binaan kerajaan G1 hingga G7 di negara ini disyorkan untuk berurusan dengan Invoice Niaga bagi mendapatkan akses kepada pembekal-pembekal bertauliah dengan terma yang lebih sesuai dengan keperluan syarikat mereka.

Pengarah Nan Sun Timber Hardware Sdn. Bhd., Danny Loo berkata, kelulusan untuk mendapatkan bekalan lebih mudah dengan Invoice Niaga.

"Kita tidak pernah jumpa (syarikat) macam Invoice Niaga yang boleh membantu syarikat-syarikat kontraktor mendapatkan kemudahan kredit dengan proses yang cepat dan senang.

"Dari segi risiko, berniaga memang ada risiko tetapi selepas berjumpa dengan syarikat ini (ianya berbeza) sebab mereka adalah sebuah syarikat korporat jadi kita lebih yakin dengan syarikat korporat dan had kredit kontraktor bertambah hasil dari surat sokongan kewangan dari Invoice Niaga," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Nan Sun Timber Hardware Sdn. Bhd. menjalankan perniagaan berteraskan bahan binaan, dagangan hardware serta penghantaran perlombongan dan juga logistik.

Ditanya sama ada mudah bagi kontraktor baru untuk mendapatkan bekalan dengan sokongan syarikat ini, Danny menambah, hanya melalui Surat Persefahaman (LoU), proses kelulusan akan menjadi lebih cepat.

"Bagi kontraktor yang baru, yang tiada hubungan dan rekod dengan kami, mereka perlu menyediakan dokumen seperti surat jaminan bank, perlu deposit dahulu sebelum barang bekalan dihantar.

"Tapi dengan Invoice Niaga, hanya melalui LoU, proses kelulusan akan menjadi lebih cepat. Tak perlu tunggu lama untuk proses kelulusan, berapa kemudahan kredit yang diluluskan, terma pembayaran berapa hari dan sebagainya. Jadi dengan Invoice Niaga lebih senang dapat kemudahan kredit," katanya. 

Menurut Danny, beliau yakin syarikatnya akan menerima kontraktor baru yang ingin melakukan urus niaga serta menjalinkan kerjasama dengan mereka melalui Invoice Niaga.

Ditanya tentang apakah kelebihan syarikat ini berbanding institusi kewangan yang lain, beliau berkata, dari segi kemudahan urus niaga antara pembekal dengan Invoice Niaga, ia hanya melalui LoU dan indent kerja.

Oleh itu, tambahnya, pihak beliau boleh mengetahui jumlah yang boleh diberi kepada kontraktor mengikut jumlah indent kerja.

"Jika syarikat kami ingin berurus niaga dengan mana-mana kontraktor, sama ada baru atau lama kami perlukan surat jaminan bank dari mereka. Jika mereka mohon surat jaminan bank dari mana-mana agensi bank, mereka memerlukan dana yang besar untuk mendapatkan had kredit yan glebih besar.

"Dari segi kemudahan urus niaga, pembekal dengan Invoice Niaga, ia hanya melalui LOU sahaja dan indent kerja jadi kita boleh tahu berapa jumlah yang kita boleh beri kepada kontraktor mengikut jumlah indent kerja," katanya.

Layari https://invoiceniaga.com/panel-supplier untuk maklumat lanjut.

InvoiceNiaga Team

InvoiceNiaga is here not only to provide access to the small business funding you need, but to also help you grow your business through free marketing tips, webinars, tools and more. Is there something you'd like us to cover or want to get your small business featured on our blog? Send us a note at content@invoiceniaga.com.

Cookies are disabled.