REBUT PELUANG TENDER KERAJAAN

  • Admin

  • 13 Nov, 2019

Oleh SOFIAN BAHAROM

Sebagaimana pernah diperkatakan sebelum ini, sejak negara Merdeka, hanya 88 peratus syarikat Melayu adalah berbentuk mikro, bukan perindustrian kecil dan sederhana (PKS).

Sehubungan itu, cabaran sekarang ini adalah untuk memindahkan golongan ini ke platform PKS. Namun begitu, berapa peratus yang boleh dicapai? 10 peratus? Ianya terletak di tangan kontraktor itu sendiri.

Mereka yang memiliki turnover perniagaan dalam RM250,000 setahun perlu dipertingkat menjadi PKS kecil dahulu, sekurang-kurangnya melibatkan RM1 juta atau RM2.5 juta.

Ia juga selaras dengan nasihat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menekankan kepada dua perkara.

Pertama, Dr. Mahathir masih berpendapat bahawa sikap menjadi isu utama yang telah membantutkan perkembangan pertumbuhan syarikat-syarikat Melayu.

Sehubungan itu, orang Melayu perlu mengubah sikapnya.

Dengan terubahnya sikap ini, baru mereka boleh membangun dengan lebih pesat dan cepat. Tidak boleh ada mentaliti broker, skim cepat kaya atau tidak mahu buat kerja itu ini, kita perlu nekad dan buatnya.

Kedua, Malaysia tidak boleh menjadi negara konsumer sahaja yang sekadar membeli barangan.

Dr. Mahathir berpendapat, Malaysia perlu menjadi negara pengeluar.

Sebagai contoh, jika golongan usahwan mikro itu menjual nasi lemak, dia berpeluang memperkembangkan perniagaannya dengan melangkah lebih depan lagi menjadi pengeluar.

Dengan kemudahan-kemudahan mesin yang kini bertambah murah dan canggih, golongan ini boleh menjana produk-produk mereka di rumah.

Jika terdapat permintaan dari luar negara pun dia boleh penuhi.

Jadi, ke arah itu, semua usahawan Melayu perlu memastikan mereka terlatih, memperkasakan teknologi mereka dan membangun menjadi PKS yang berdaya saing sekali gus mengambil peranan bersama dalam membina negara ini.

Selaras dengan semangat itu juga, usahawan Melayu perlu meneruskan kesinambungan perniagaan mereka ke tahap seterusnya. Ini termasuk merebut peluang memperoleh tender kerajaan.

Ini lebih-lebih lagi apabila kerajaan mengumumkan peruntukan projek kerajaan bernilai RM1.3 bilion dikhususkan untuk kontraktor Bumiputera sedia ada dan baharu berdaftar pada Bajet 2020 baru-baru ini.

Kerajaan telah membuka semula pendaftaran bagi Kontraktor Bumiputera Gred 1 (G1) mulai 1 September 2019 dan telah menerima 946 permohonan pada akhir September.

Oleh itu, Invoice Niaga iaitu syarikat yang menyediakan pembiayaan pemfaktoran kepada kontraktor dan pembekal kontrak kerajaan boleh memainkan peranan dalam membantu kontraktor-kontraktor ini.

Kami mempunyai kepakaran dari segi mengurus profil risiko syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan matlamat membantu menyediakan penyelesaian aliran tunai kepada golongan berkenaan.

Diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan sebagai syarikat pemfaktoran berdaftar serta berlesen di negara ini, PKS yang mendapat kontrak kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan dibantu oleh Invoice Niaga dari segi aliran tunai sekali gus menyediakan ruang pertumbuhan kepada sektor PKS yang berdaya saing di Malaysia.

Untuk rekod, Invoice Niaga telah menawarkan pelbagai rangkaian produk aliran tunai yang komprehensif untuk semua jenis PKS meliputi dari ‘start-up’ kepada syarikat bersaiz sederhana, kontraktor dan pembekal.

Tahun demi tahun, syarikat ini telah memahami secara menyeluruh tentang sektor perniagaan PKS dan telah mengenal pasti permasalahan-permasalahan kewangan unik kepada segmen pasaran.

Pengenalan kepada produk-produk yang baharu dan realistik bukan sahaja membantu survival atau kesinambungan syarikat-syarikat ini tetapi juga melonjakkan mereka ke tahap seterusnya.

Invoice Niaga juga telah berurusan secara terus dengan pelbagai pemegang taruh serta pihak berkepentingan merangkumi entiti-entiti swasta dan kerajaan serta program-program, perniagaan-perniagaan dan pertubuhan perniagaan tidak berorientasikan keuntungan.

Segera layari Invoice Niaga di www.invoiceniaga.com untuk maklumat lanjut.

InvoiceNiaga Team

InvoiceNiaga is here not only to provide access to the small business funding you need, but to also help you grow your business through free marketing tips, webinars, tools and more. Is there something you'd like us to cover or want to get your small business featured on our blog? Send us a note at content@invoiceniaga.com.

Cookies are disabled.