BANGKIT DENGAN INVOICE NIAGA

  • Admin

  • 13 Nov, 2019

Oleh SOFIAN BAHAROM

DI SEBUAH kedai pembekal, seorang kontraktor bernama Ali turun dari kenderaan pacuan empat rodanya. Di raut wajahnya terlihat rasa runsing dan tertekan namun disembunyikan di sebalik senyumannya.

Dia yang berpakaian kemas berbaju korporat syarikatnya terus mendekati pemilik kedai, Heng yang sedang membuat kira-kira perniagaannya di meja utama, menggunakan sebuah kalkulator digital.

Sambil mendekati Heng yang sibuk mentelaah aliran perniagaannya, Ali menyapanya: "Woi tokey besar, kira untung ye? Apa macam Heng?"

Heng menoleh, tersimpul sedikit senyuman di bibir taukeh berbangsa Cina itu. "Okay, bisnes macam biasalah, Okaylah," jawab Heng.

"Bisnes macam biasa tu maknanya bisnes baguslah. Okay aku tak nak buang masa engkau. Ni nak tanya kau ni. Pasal barang-barang aku dah order tu semua ada?" tegas Encik Ali yang memulakan perbincangan serius.

Heng: Semua sudah ada, no problem.

Ali: Kalau no problem engkau hantarlah kat site aku.

Heng: Kalau awak bayar sekarang, sekarang saya hantar.

Ali: Eh janganlah macam tu, pasal payment tu kita back to backlah. Engkau takkan tak percaya aku?

Heng: Bukan saya tak percaya, Ali. Credit awak sudah habis. Lagipun duit dulu sudah dua bulan tak bayar, macam mana?

Ali: Aku punya payment dah nak masuk dah ni. Aku dapat payment je tu, aku promise aku terus bayar kat engkau.

Heng: Ini kali tidak bolehlah. Awak tolong sayalah. Bisnes sekarang pun tak bagus.

Ali: Heng, akulah patut mintak tolong dengan engkau. Engkau ada barang, aku kat site tak ada barang ni, tolonglah.

Heng: Kali ni tak boleh, betul tidak boleh. Betul tak boleh.

Ali: Heng, kalau engkau tak tolong aku Heng matilah aku Heng, barang tak ada ni.

Heng: Kalau awak tak mati, saya yang mati

Ali: Heng, tolong Heng.

Perbincangan dua lelaki itu terhenti dengan Heng menggerakkan tangan untuk memberi isyarat tidak. Dia tidak dapat membantu Ali walaupun sedar kontraktor itu sedang berada dalam fasa terdesak dalam usaha menyelamatkan perniagaannya yang kian meruncing.

Ali tunduk, kecewa dan patah hati. Namun dia menguatkan hatinya serta membulatkan iltizamnya untuk bergerak. Dia terus ke tapak projeknya untuk meninjau perkembangan pekerja-pekerjanya di sana.

Setibanya di tapak projek, hanya kelihatan Saiful, si pengurus projek. Tidak kelihatan kelibat mana-mana pekerjanya yang lain. Hati Ali berdebar. Dia berasakan bagai sesuatu yang tidak kena.

Dia meluru ke Saiful mahukan jawapan segera. Projeknya itu perlu berjalan, perlu ada perkembangan, perlu ada kesinambungan. "Mana semua orang ni Saiful? tanya Ali serius.

Saiful berat mahu bersuara. matanya meliar melihat ke sekeliling tapak projek. Dia berasa bersalah, tertekan dan pasrah.

Saiful akhirnya membuka mulut: "Macam ni Encik Ali, dia orang tadi semua keluar makan tengah hari sampai sekarang tak balik-balik. Saya rasa dia orang tidak akan balik dah."

Ali mengerut kening, seolah-olah tidak dapat menerima jawapan Saiful. "Tak, kenapa semua buat macam ni, ni?" soal Ali.

"Pasal tu saya tanya pasal gaji pagi tadi. Tengah hari tadi pun sebelum keluar pun dia orang tanya lagi. Saya cakap sabar, dia orang terus tarik muka, terus jalan," kata Saiful.

Ali termenung jauh.

Melihat kepada kes Ali ini, ia tidak sepatutnya menjadi susah begini. Di Invoice Niaga, kami ada penyelesaian masalah untuk aliran tunai anda.

Kan lebih mudah begini? Hubungi kami di 03 - 7890 0071 atau klik InvoiceNiaga.com untuk mendapatkan sesi rundingan dengan segera.

InvoiceNiaga Team

InvoiceNiaga is here not only to provide access to the small business funding you need, but to also help you grow your business through free marketing tips, webinars, tools and more. Is there something you'd like us to cover or want to get your small business featured on our blog? Send us a note at content@invoiceniaga.com.

Cookies are disabled.