MASALAH ALIRAN TUNAI SELESAI

  • Admin

  • 13 Nov, 2019

Oleh SOFIAN BAHAROM

Masalah aliran tunai.

Ia merupakan antara masalah utama yang membelenggu segelintir golongan kontraktor pelbagai sektor di negara ini.

Permasalahan berkenaan dilihat menyebabkan perniagaan mereka menjadi meruncing.

Berdasarkan perkongsian di Internet, kontraktor memaklumkan tentang projek yang dikendalikan mereka menghadapi masalah aliran tunai. Ia menjurus kepada kerugian yang banyak atas beberapa faktor.

Pemasalahan ini menyebabkan gaji pekerja tertunggak, hutang pembekal tidak dapat dilangsaikan bersama lain-lain permasalahan hutang yang berbangkit.

Ini pastinya memberi tekanan kepada kehidupan mereka. Ada yang memberitahu bahawa dugaan itu adalah yang paling kritikal pernah dihadapi sepanjang sedekad mereka menjalankan perniagaan.

Keadaan ini boleh melumpuhkan perniagaan yang telah mereka dibina sejak sekian lama.

Kontraktor-kontraktor ini pastinya mahu mengatasi segera masalah mereka dan bangkit untuk meneruskan perniagaan.

Lebih parah lagi, mereka memaklumkan berasa buntu dan kemurungan memikirkan masalah ini.

Sementara itu, pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mewakili golongan kontraktor pernah menyatakan bahawa terdapat kontraktor yang menjalankan beberapa projek kerajaan berdepan dengan masalah pembayaran sekali pun kerja sudah diselesaikan dan yang masih dalam pembinaan.

Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia, Datuk Mokhtar Samad dilaporkan sebelum ini sebagai berkata, ramai ahli persatuan yang menghubunginya untuk mendapatkan pertolongan kerana berdepan dengan masalah berikutan pembayaran yang tertangguh.

Menurutnya,  kebanyakan kontraktor terlibat terdiri daripada kontraktor kecil dan sederhana yang mana kumpulan ini sangat terkesan serta berdepan dengan masalah aliran tunai.

Mereka yang terjejas itu tambahnya, terdiri daripada kontraktor yang menjalankan projek kerajaan di seluruh negara membabitkan kerja membaiki jalan, membina kemudahan asas, laluan kerta api dan sebagainya.

Jika situasi berkenaan berterusan jelas Mokhtar, kemungkinan berlaku risiko kerja yang sedang dijalankan akan terhenti dan kesannya akan membawa kepada pelbagai implikasi negatif.

Permasalahan ini turut dikongsikan oleh seorang kontraktor yang enggan namanya disiarkan. Katanya, sudah dua bulan beliau tidak dibayar dan berasa keadaan  sangat sukar.

Tambahnya, beliau cuba untuk terus bertahan dengan menangguh pembayaran kepada pembekal yang mengugut untuk memberhentikan bekalannya.

Dalam hal ini, Invoice Niaga iaitu syarikat yang menyediakan pembiayaan pemfaktoran kepada kontraktor dan pembekal kontrak kerajaan boleh memainkan peranan.

Invoice Niaga mempunyai kepakaran dari segi mengurus profil risiko syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan matlamat membantu menyediakan penyelesaian aliran tunai kepada golongan berkenaan.

Syarikat itu diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan sebagai syarikat pemfaktoran berdaftar serta berlesen di negara ini.

Menerusi khidmat Invoice Niaga, PKS yang mendapat kontrak kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan dibantu dari segi aliran tunai.

Ini bagi menyediakan ruang pertumbuhan kepada sektor PKS yang berdaya saing di Malaysia.

Untuk rekod, Invoice Niaga sejak 2008 telah menawarkan pelbagai rangkaian produk aliran tunai yang komprehensif untuk semua jenis PKS meliputi dari ‘start-up’ kepada syarikat bersaiz sederhana, kontraktor dan pembekal.

Tahun demi tahun, syarikat ini telah memahami secara menyeluruh tentang sektor perniagaan PKS dan telah mengenal pasti permasalahan-permasalahan kewangan unik kepada segmen pasaran.

Pengenalan kepada produk-produk yang baharu dan realistik bukan sahaja membantu survival atau kesinambungan syarikat-syarikat ini tetapi juga melonjakkan mereka ke tahap seterusnya.

Invoice Niaga juga telah berurusan secara terus dengan pelbagai pemegang taruh serta pihak berkepentingan merangkumi entiti-entiti swasta dan kerajaan serta program-program, perniagaan-perniagaan dan pertubuhan perniagaan tidak berorientasikan keuntungan.

Sehubungan itu, kontraktor-kontraktor terlibat boleh menghubungi Invoice Niaga di:

 

Ibu Pejabat,

Truecapital Asia Sdn. Bhd.

Tingkat 25,

Menara Mitraland, No. 13A,

Jalan PJU 5/1, Kota Damansara,

47810 Petaling Jaya, Selangor

03-78900071

Layari Invoice Niaga di: www.invoiceniaga.com

InvoiceNiaga Team

InvoiceNiaga is here not only to provide access to the small business funding you need, but to also help you grow your business through free marketing tips, webinars, tools and more. Is there something you'd like us to cover or want to get your small business featured on our blog? Send us a note at content@invoiceniaga.com.

Cookies are disabled.