WUJUD KE PERSAINGAN DENGAN KONTRAKTOR G1?

  • Admin

  • 13 Nov, 2019

Oleh NOR IDAYU BOSRO

SELEPAS 14 tahun beku, pendaftaran Kontraktor G1 (bumiputera) dibuka semula pada 1 September 2019 untuk kontraktor muda dan baharu yang berdaya saing. Itu adalah persetujuan Jemaah Menteri pada 14 Ogos lalu agar pendaftaran golongan kontraktor terbabit dibuka semula.

Kontraktor Kelas F atau mengikut kelas terbaharu, G1, melaksanakan kerja di bawah RM200,000 dan lesen bagi kelas itu dikhususkan kepada kontraktor bumiputera.

Dalam kenyataan bersama Kementerian Kewangan dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi itu ada menyebut bahawa keputusan tersebut akan memberi peluang kepada kontraktor baharu bumiputera terutama generasi muda berkelayakan teknikal untuk lebih aktif dalam industri pembinaan khususnya mengendalikan projek kerajaan.

Keputusan itu bagaimanapun mendapat reaksi berbeza daripada Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) yang berpendapat ia perlu ditangguhkan ke tempoh masa sesuai bagi mengelakkan lambakan kontraktor G1 yang kini mencecah 20,439 orang.

Presiden PKMM, Datuk Seri Mohamed Fadzill Hassan berkata, ini kerana golongan kontraktor berkenaan berdepan kesukaran mendapatkan projek.

“Apa yang disuarakan PKMM ini penting untuk dinilai kerajaan memandangkan rekod Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) menunjukkan hanya 1,014 daripada 20,439 kontraktor G1 bumiputera mendapat projek bernilai RM55.4 juta dari Jun 2018 hingga April 2019.

“Situasi ini jelas menunjukkan pembukaan perdaftaran baharu akan menimbulkan masalah bukan hanya kepada kontraktor G1 bumiputera sedia ada malah juga kepada mereka yang baharu berdaftar yang jelas sukar mendapat kontrak,” katanya pada sidang media baru-baru ini.

Persoalannya adakah persaingan untuk mendapatkan kontrak itu benar-benar akan wujud? Sama ada ya atau tidak, kontraktor G1 dan lain-lain kelas secara asasnya memerlukan modal pusingan yang cantik untuk menyertai proses tender dan sebut harga.

Tanpa aliran tunai yang lancar, kontraktor bumiputera tidak mampu pergi jauh walaupun kerajaan tetap mengekalkan dasar memberikan keutamaan kepada syarikat bumiputera meskipun mengamalkan dasar tender terbuka dalam setiap projek persekutuan.

Memetik kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Dasar Keutamaan Kepada Syarikat Bumiputera yang ditetapkan pada Perenggan 6 (iv) pekeliling Punca Kuasa, Prinsip dan Dasar Perolehan Kerajaan itu syarikat bumiputera diberikan keutamaan semasa membuat tawaran harga.

Ia katanya, melibatkan bumiputera yang terlibat dalam pembuatan atau pengilangan, pengimport, anggota dewan perniagaan dan perusahaan Melayu serta kontraktor.

Begitupun, isunya adalah sebahagian besar golongan kontraktor bumiputera baik G1 mahupun G4 ke atas sememangnya berdepan beberapa masalah khususnya berkaitan perolehan pembiayaan dan aliran tunai.

Sering kali kita dengar keluh-kesah yang mengatakan kontraktor berkenaan menghadapi kesukaran untuk rolling modal, mendapatkan pinjaman daripada bank selain pinjaman yang dipohon itu 'sangkut' berikutan kerenah birokrasi.

Kepayahan kontraktor bumiputera menggali modal bagi memastikan kelangsungan operasi dirasai oleh syarikat pembiayaan kontrak, TrueCapital Asia Sdn. Bhd. yang menyediakan penyediaan sehingga RM100 juta kepada golongan terbabit.

Trek rekod pencapaian syarikat ini yang berjaya membantu lebih 10,000 syarikat kontraktor dan pembekal dalam tempoh 11 tahun penubuhannya diyakini dapat membantu mengatasi masalah aliran tunai yang dihadapi sekali gus melonjakkan perniagaan mereka.

Dalam konteks tersebut, inilah keunikan yang diberikan syarikat TrueCapital Asia Sdn Bhd yang bertindak sebagai entiti pembiayaan alternatif bagi golongan kontraktor bumiputera.

Baru-baru ini, syarikat TrueCapital Asia Sdn. Bhd  menerusi platform invoiceniaga.com memperkenalkan Program Rantaian Bekalan Nasional (PRB) khas untuk golongan kontraktor G1-G4, G5-G7 dan pembekal yang bertujuan membebaskan kumpulan daripada permasalahan pembiayaan.

Platform itu juga membuka akses lebih meluas kepada pembekal sekali gus menerima perolehan bekalan pada harga terbaik daripada panel pembekal bertauliah.

Sesi konsultasi percuma dan penerangan terperinci mengenai fasiliti yang disediakan pasti akan memberi manfaat untuk mereka tampil lebih berdaya saing serta produktif dalam industri pembinaan.

Antara kelebihan lain yang ditawarkan oleh invoiceniaga.com meliputi pra lulus fasiliti RM50,000 ke RM100,000, pemprosesan kelulusan sepantas 1 jam serta yuran pemprosesan serta yuran guaman percuma tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk info lanjut, layari www.invoiceniaga.com atau kunjungi pejabat kami di Tingkat 25, Menara Mitraland, Kota Damansara, Selangor.

InvoiceNiaga Team

InvoiceNiaga is here not only to provide access to the small business funding you need, but to also help you grow your business through free marketing tips, webinars, tools and more. Is there something you'd like us to cover or want to get your small business featured on our blog? Send us a note at content@invoiceniaga.com.

Cookies are disabled.