PKMM BIMBANG NASIB KONTRAKTOR BUMIPUTERA

  • Admin

  • 15 Mar, 2019

KUALA KANGSAR 8 Julai - Seramai 43,000 kontraktor bumiputera berdepan risiko ‘gulung tikar’ ekoran kekura­ngan projek-projek yang ditawarkan kepada mereka ketika ini.

Bendahari Agung Persatuan Kon­traktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Megat Ahmad Shahrani Megat Sharuddin berkata, daripada jumlah tersebut, sebahagiannya terdiri daripada kumpulan G1 yang memperoleh projek-projek kecil seperti menurap jalan.

Katanya, ketiadaan peluang pekerjaan menerusi kontrak baharu itu amat membimbangkan dan perlu diberikan perhatian oleh kerajaan.

“Sekiranya keadaan ini berterusan, mereka disaran untuk berpindah ke sektor lain seperti pertanian atau penternakan bagi mengatasi masalah kekurangan tawaran kontrak dalam bidang sedia ada.

“Peralihan kepada sektor lain yang boleh dilakukan secara komersial ini juga lebih menguntungkan untuk dipertimbangkan oleh golongan ini,” katanya di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua PKMM negeri berkata, pihaknya telah berjumpa dengan Menteri Besar bagi merundingkan masalah yang dihadapi kontraktor bumiputera di negeri ini dan beliau bersetuju untuk mengadakan perbincangan.

Katanya, seramai 3,000 kontraktor bumiputera di negeri ini dan mereka sememangnya mengharapkan tawaran kontrak daripada kerajaan pada bila-bila masa.

“Peluang kerja termasuk pro­jek korporat selalunya ditawarkan oleh kerajaan negeri, pejabat daerah dan agensi-agensi berkaitan kerajaan kepada PKMM negeri sebelum kita memilih kontraktor.

“Bagaimanapun, buat masa sekarang kita tidak nampak peluang-peluang pekerjaan baharu wujud dan pihak persatuan bimbang suasana yang dialami oleh kontraktor bumiputera dan ini memerlukan perhatian,” katanya.

Source: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pkmm-bimbang-nasib-8232-kontraktor-bumiputera-1.705489

InvoiceNiaga Team

InvoiceNiaga is here not only to provide access to the small business funding you need, but to also help you grow your business through free marketing tips, webinars, tools and more. Is there something you'd like us to cover or want to get your small business featured on our blog? Send us a note at content@invoiceniaga.com.

<